Powered By Blogger

Wednesday 7 September 2011

Mencari Cinta Duniawi~

Mungkin ai terlalu awal untuk memulakan semua ini, namun, aku manusia biasa, aku juga merasa, aku juga inginkannya, aku sangat mengimpikannya, cinta yang sejati :) Ku lihat semua gembira apabila menemui cinta sementara mereka, aku juga cemburu melihat mereka sedangkan aku tahu ia hanya cinta biasa..Cinta yang hanya dipinjamkan olehNya..  


Bercinta selepas nikah adalah impianku yang masih kabur, tidak tahu apakah kesudahan impianku itu, tapi aku tetap akan berusaha. Apabila menaruh rasa suka kepada seseorang, jiwa aku tidak tenang selagi tidak memberitahunya dan dia berada jauh dariku, perasaan cemburu memuncak sehingga mengganggu emosiku pada hari-hari itu, aku buntu!! apa yang aku harus lakukan?? perlukah aku melupakan dia atau terus bersembunyi, aku berfikir, ia semestinya akan lebih mudah seandainya perempuan yang ku sukai dalam diam akan turut merasa apa yang ku rasai, dan dia setia menungguku dengan yakin akan tiba masanya ku meluahkan segal-galanya. Ia hanya satu impian.. :(.. ustazahku pernah berkata, "jika kamu menyembunyikan perasaan cinta mu kepada seseorang, nescaya kamu akan diberi ganjaran pahala." 


Mungkin itulah jawapannya, selagi waktu belum tiba, selagi itulah aku akan mnyembunyikan perasaan sukaku kepada seseorang. Kalau dah jodoh, tak kemana, kalau tidak berjodoh, mungkin ada yang lebih baik untuk kamu. Hanya Allah yang berhak menentukan segala-galanya, kerana kita semua hambanya.. :)

2 comments:

Bagaimanakah nantinya, tika berhadapan denganMu, sudikah Kau menerima hambamu yang hina ini~