Powered By Blogger

Sunday 5 June 2011

Aku Dituduh Mencuri RM 1000

Assalamualaikum..hehehe.. firstly nk ucap tahniahlah kapada kakakku yang telah bertunang sabtu lepas..
Alhamdulillah.. sumenye berjlan lancar dengan tarikh pertunangan dlm bulan 2 ni, dan mas kahwin RM13 330.00..hehehe


Arini aku teringat kisahku dahulu ketika berada di tingkatan 2, mmg sudah menjadi lumrah hidup, keburukan yang kita lakukan dahulu akan membawa kesan di masa akan hadapan kerana sesungguhnya Allah itu Maha Adil..


Aku telah membuat bnyak kes ketika diawal tingkatan 2, namun setelah semua itu selesai, aku pun sudah insaf dan tidak mahu mngulangi kesilapan dahulu lagi., aku benci rokok!!, aku benci ponteng klas!!, aku benci membuat memukul orang! aku sudah insaf, nk kembali kepangkal jlan..


Namun begitu, semua itu tidak cukup.. di akhir tingkatan 2, seminggu sebelum tamatnya persekolahan, duit bas yang dikumpul oleh BWP/Biro Kebajikan Maktab telah hilang, BWP perempuan itu meningalkan duit yang dikumpul  untuk mngurus kepulangan pelajar ditinggalkan di dalam beg, di dalam kelas(tingkat 2) sedangkan dia ke Lab Sains, kelasku di bahagian atas(tingkat 3), aku tidak tahu apa2 tentang kes itu, selepas waktu rehat, aku dan kwanku Fawwaz balik ke dorm untuk mngambil barang mnyebabkan kami lewat untuk ke klas seterusnye, namun begitu, sudah tiada org di klasku, aku mndapat maklumat dri junior yang mngatakan semua form 2 mesti ke dwan kuliah untuk mnyelesaikan kes ini.


Aku dan Fawwaz terus ke dewan untuk mnyertai perhimpunan itu, masuk sahaja ke dewan itu, semua org memandangku, lalu ustaz Wan Ismail memanggilku kedepan dan membwat spotcheck dlam poketku, dompet ku. kebetulan pula, dalam poketku ada pendriveku dan kwan ku Luqman Bin Azam yang mminta tlonku untuk transfer sesuatu dlam pendrivenya, lalu semua itu dirampas dan aku diarah untuk kembali ke tempat semua rakan2ku berkumpul. Aku pun mencari tempat duduk kosong iaitu ditepi rkanku Luqman Azam itu.
Lalu ustaz Wan Ismail pun membaca doa supaya Allah mematikanlah orang yang mencuri duit ini dan beberapa lagi doa bertujuan untuk menggerunkan pencuri itu. Ketika doa sedang dibaca, rakanku Luqman bertanya kepadaku "mane pendrive aq?", aku pun menjawab dngan berbisik "ade dengan ustaz". Gerak geri aku dan Luqman tlah diperhatikan oleh Cikgu Redzuan, dia merupakan cikgu yang tinggi, garang dan tegas. 


Setelah semua selesai dan tiada sesiapa yang mngaku, orang2 yang disyaki telah dipanggil. Orang2 yamg disyaki ini adalah orang yang ada kes2 berat yang pernah dilakukan. Antara org itu adalah Luqman Azam. seakan- akan aku sudah selamat dari tuduhan, tiba2 namaku dipanggil oleh cikgu Redzuan, Dia telah curiga dengan kelakuan ku berbisik dengan Luqman Azam yang menjadi suspek utama kerana dia lewat ke Lab Sains dan sekelas dngan BWP perempuan itu. Aku dituduh bersubahat dengan Luqman Azam.


Kami semua dalam 5 orang dibawa kw bilik mesyuarat Ahli Kooperasi yang tertutup dan dipanggil seorang demi seorang. Aku orang pertama yang dipanggil. Di dalm bilik itu, aku dipukul dengan teruk oleh cikgu Redzuan, ditolak, ditumbuk, dilempang dan di tendang.Aku dipaksa untuk mngaku atau memberi maklumat tentang kes ini. Aku yang tidak tahu ape2 dlam kes ini terpaksa mnahan sahaja untuk mnegakkan kebnaran yang aku tidak terlibat dan tidak tahu mnahu langsung tentang kes ini. Didalam fikiranku, hanya berserah dan jikalau aku pencuri itu sekalipun aku tidak akan mngaku kerana mngakupun dipukul, tidak mngakupun dipukul.setelah dlam sejam disoal siasat, aku dilepaskan.. Alhamdulillah,,,..


semuanya tidak berakhir disitu, pada mlam itu, aku dipanggil oleh form 5 untuk disoal siasat sekali lagi. tapi kali ini daripada senior, aku sekali lagi dipukul dengan teruk. katil naik di kepalaku, kerusi berterbangan, ketika sdang dibelasah, tiba2 cikgu Malik(warden) tiba2 naek dan mereka berhenti seketika memukulku, dan kelihatan seorang dripada form 5 itu berunding dengan warden itu, dan warden itu pergi begitu sahaja, harapanku untuk diselamatkan oleh cikgu Malik tidak kesampaian kerana mereka seakan akan sudah berpakat dengan cikgu Malik.. mereka mnyambung mnyoalku, dan suruh aku ngaku. aku ditendang dan ditumbuk bertalu-talu oleh dlam 15 orang form 5. akhirnya aku pengsan setelah di lutut perutku.


Sedar2, aku sudah terbaring diatas katil. Kemudian mereka bertanya dengan lembut dan aku dipukul lagi sampai pkul 5 pagi... akhirnya mereka melepaskan ku. Aku syukur,,.. Ketika pulang ke dormku, aku melihat rkanku sdang tidur dngan nyenyak tanpa sebarang kerisauan dlam dirinya,, aku amat cemburu.. Aku mnyembunyikan perkara ini dri semua.. aku redha dengan kejadian ini.. mungkin inilah balasan yang harus ku terima setelah kejahatan yang ku lakukan dahulu. Aku tidak salahkan sesiapa kecuali diriku sendiri.. 


Pada akhir form 3, pencuri itu ditanggkap jua akhirnya. Ia adalah rakanku yang tidak disyaki lansung. Walaubagaimnapun, aku tetap tidak berdendam dngan sesiapa, aku mnganggap ini sebagai proses hidupku untuk mencapai keberkatannya.. Ingatlah, biasanya kabus tidak berpanjangan, setelah kabus berlalu, pasti cerah kembali,, subhanallah!! Aku memulakan hidup baru di tingkatan 3..


Ambilah ini sebagai pengajaran...sesungguhnya Allah itu Maha Adil.. Kembali lah ke jalanNya..

1 comment:

  1. Alhamdullilah...syukurlah dah bertaubat. Itu semua adalah nikmat Allah kepada hambaNya. Allah dah beri hidayah kepada hamba yang diinginiNya..teruskanlah beribadah kepadaNya..Semoga menjadi orang yang bertakwa

    ReplyDelete

Bagaimanakah nantinya, tika berhadapan denganMu, sudikah Kau menerima hambamu yang hina ini~